Wednesday, September 10, 2008

CINTAKAN NEGARA



Sejak akhir-akhir ini pelbagai perkara pelik berlaku di negara kita ini. Ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 baru-baru ini seperti sambutan biasa yang tidak meninggalkan kesan. Entah apa silapnya, semakin ramai rakyat Malaysia menjadi aneh dalam tingkah laku dan akal fikirannya. Semua perkara mahu dipersoal dan dipertikai. Paling mengerikan apabila segelintir kecil manusia yang menggelar diri mereka pemimpin mempersoal kebebasan di negara ini sebagai kebebasan bersyarat.

Di dunia ini sebenarnya tidak ada kebebasan mutlak. Semua kebebasan ada had dan batasnya. Pepatah Inggeris menyebut bahawa "sky is the limit" yang menyatakan bahawa apa jua yang dibuat, difikir dan diangankan, PUN masih ada batasnya. Jika kita ingin mengamalkan kebebasan mutlak, kita akan menjadi seperti binatang. Sebagai contoh, daripada aspek pewarisan, seekor binatang tidak semestinya hanya boleh digauli oleh pasangannya sahaja, tetapi oleh mana-mana binatang yang kehausan dan memerlukan layanan. Adakah kebebasan seperti ini yang kita inginkan?

Atau di dalam kes perkahwinan sejenis yang diamalkan di negara-negara Barat. Mereka sering menggunakan hak asasi manusia sebagai penghalal kepada perbuatan tersebut. Sebenarnya, perbuatan mereka itu juga atau turut menidakkan hak asasi orang lain, atau jiran di sekeliling mereka. Manakan tidak, jika kita mempunyai jiran yang sama jenis tetapi berpelukan dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Sebenarnya, keadaan di negara kita jauh lebih baik daripada negara lain. Hanya sahaja, kita kadang-kadang tidak mahu mengakui kejayaan para pemimpin kita dan diri kita sendiri juga menjaga keharmonian negara ini. Cukuplah kita mempersoalkan hak-hak orang lain, kerana hak kita sendiri pun belum tentu kita tahu dan kita jaga.

Biar rosak nila seketul, jangan rosak susu sebelanga!

1 comment:

Al-Teminie said...

Assalamualaikum Cikgu, saya ucapkan selamat datang ke dunia Bloggers.. tahniah blog mantap, artikel mantap. Kita doakan Malaysia terus berada di bawah naungan Islam. Melayu kuat bila Islam dinobat, Melayu hancur bila Islam diabaikan.